Friday, August 17, 2012
Gambar Gorila Berpelukan setelah 3 tahun tidak berjumpa
Posted by Unknown on 10:02 AM with No comments
Bak kata pepatah, air yang dicincang tidak akan putus.
Seperti sedia maklum kata pepatah di atas mengenai perkara yang sama juga berlaku kepada pasangan adik beradik gorila yang dipertemukan semula di Taman Safari Longleat, selepas tiga tahun berpisah. Paling menakjubkan, adik kepada gorila itu, Alf masih mampu mengenali abangnya, Kesho seekor gorila jenis silverback yang menjadi gorila dominan bagi kumpulan haiwan itu di taman safari berkenaan.
Apa yang admin terasa lebih mengharukan, mereka dilihat berpeluk, memicit bahu dan seolah-olah bersalaman antara satu sama lain. Menurut ketua penjaga gorila Mark Tye, mereka sama sekali tidak pasti pasangan itu akan dapat mengenali antara satu sama lain. "Namun ketika saat-saat haiwan itu berjumpa, barulah anda tahu bahawa gorila itu saling mengenali. "Agak pelik melihat seekor gorila jenis silverback berkelakuan kebudak-budakan dengan berguling di atas tanah kerana ia biasanya agresif,''
Kesho (kanan) dan Alf seolah-olah bersalaman ketika dipertemukan semula di Taman Safari Longleat, London, baru-baru in
Posted in Cerita Menarik
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment