Friday, August 17, 2012

14 Tips Persediaan Sebelum Peperiksaan

Admin ingin berkongsi 14 Tips persediaan sebelum peperiksaan berlangsung. Kita berusaha untuk mendapatkan sesuatu dan harap tips ini berguna.



1) Betulkan niat (islah wattajdid), menduduki peperiksaan untuk mencari Redha Allah.

2) Kenali (ta’yiin) kehendak peperiksaan dan dapatkan gambaran format kertas peperiksaan yang akan diduduki secara tepat dan spesifik. 

3) Kelaskan (taqsiim) peperiksaan berdasarkan kesusahan soalan yang akan dikemukakan.  

4) Sebaik-baiknya buat perancangan ulangkaji strategik (Jadual mutala’ah dan muraja’ah) sepanjang sesi pengajian dan penekanan dan fokus terhadapsubjek dalam lingkungan sebulan atau tiga minggu sebelum exam bermula. 

5) Setkan (tathbit) target untuk sesuatu subjek yang hendak dicapai, letakkan target setinggi yang boleh untuk semua subjek sebagai pendorong. 

6) Lakar (ilhaq) matlamat yang hendak dicapai cantik-cantik dan tampal di hadapan meja study atau di tempat tidur agar diri kita terkesan untukmencapainya. 

7) Bina komuniti (ijma’ wattabaadul) strategik untuk perkongsian pintar. Contoh, study group untuk subjek-subjek kritikal dengan sahabat-sahabat yangmantap dalam subjek tersebut, berkawan dengan mereka yang hero dalam sesuatu subjek dengan niat untuk tuntut ilmu darinya dan selalu merujukkepadanya, berkongsi dan bertukar-tukar nota dan soalan dengan student dari sekolah, instutusi, universiti lain. 

8) Ajar (ta’lum) kawan-kawan yang memerlukan pertolongan kita untuk memahamkan mereka, jangan pandai sorang-sorang jangan kedekut ilmu,melalui method ajar orang lain akan membuatkan kita berlipat kali ganda mudah ingat dari membaca disamping dikurniakan ganjaran yang besar di sisiAllah Taala.

9) Kumpulkan sebanyak yang boleh contoh-contoh soalan yang lepas-lepas untuk dibuat analisis dan latih tubi, minta dari senior-senior dan kepadakawan-kawan yang lain. • Bersihkan diri dari sifat buruk sangka, merendah-rendahkan orang, membesarkan diri, takabbur, sam’ah, ujub, riak, bermusuh-musuhan,menderhakai ibubapa atau guru. 

10) Jaga solat lima waktu sehari semalam dengan sempurna, amalkan wirid-wirid yang ma’thur (dari hadis yang sahih dan Al-Quran iaitu yang pernahdiamalkan oleh Rasulullah atau diajar oleh Baginda sahaja) selepas solat agar disucikan dan dikuatkan jiwa menghadapi hari-hari peperiksaan nanti. 

11) Pastikan FERI (Fizikal, Emosi, Rohani, Intelek) dalam keadaan seimbang dan cukup stabil sepanjang membuat persediaan menghadapi peperiksaan.Usah biarkan ia terganggu kerana akan memberi impak negatif kepada mutu menjawab peperiksaan nanti. 

12) Minta ibu dan ayah doakan kejayaan kita selalu di samping kita bermunajat kepada Allah dalam sujud ketika solat di sepertiga malam.

13) Kenalpasti kelemahan kita dalam sesuatu subjek dan minta ulasan dari guru/pensyarah bagaimana untuk meningkatkan pencapaian kita dalam subjektersebut. Seterusnya buat perancangan strategik untuk membaiki kelemahan yang ada agar terus meningkat setanding dengan orang lain. Berkorbanlahmasa dan wang demi pelaburan masa hadapan. 

14) Pastikan kita mencintai kesemua subjek yang kita ambil, kalau ada yang tidak berapa kita minat atau susah, paksakan diri sukakan subjek tersebutkerana ianya satu amanah ilmiah bukan hiburan, learning is fun, cuma cari pendekatan yang membuatkan kita tertarik dan minat untuk mendalami subjek tersebut, di mana ada kemahuan di situ ada jalan

0 comments:

Post a Comment