Saturday, March 31, 2012

Haiwan Pelik Ditemui Di Negara China

Haiwan pelik ditemui di China? Bagaimanakah rupa haiwan tersebut? Gambarnya ada disediakan di bawah ini. Tanpa membuang masa, jom kita ikuti laporan mengenai penemuan haiwan aneh tersebut!


Seekor haiwan ganjil ditangkap seorang wanita dan dimasukkan ke dalam baldi sebelum diserahkan kepada polis, lapor sebuah akhbar semalam.

Wanita itu yang merupakan seorang suri rumah, Mao Xiping pada mulanya memberitahu polis bahawa dia menemui seekor makhluk yang kebuluran mencuri timun dari flatnya. Xiping memberitahu polis, haiwan itu mempunyai muka seperti makhluk asing dan dia tidak pernah melihatnya.

Namun, polis tidak mempercayai dakwaan wanita tersebut. Wanita itu kemudian bertindak memerangkap haiwan tersebut dan membawa makhluk berkenaan yang berada di dalam baldi ke sebuah balai polis di kampung Gezhai, wilayah Henan, tengah China. Dia juga meminta polis menahan haiwan itu.

Kelmarin, beberapa pakar masih melakukan pemeriksaan bagi mengetahui dengan lebih terperinci tentang spesies makhluk itu. Makhluk itu kelihatan amat kurus sehingga tulang rusuknya dapat dilihat selain berkepala botak. Terdapat dakwaan bahawa ia merupakan seekor monyet yang bermata besar.

Menurut wanita itu, dia pada mulanya menyangka haiwan itu seekor arnab. Dia berkata, jiran-jirannya juga menyatakan mereka tidak pernah melihat haiwan tersebut sebelum ini.

“Makhluk tersebut berhenti makan timun apabila kami memberikan haiwan itu buah pic. Haiwan itu kini tidak mahu lagi makan makanan lain,” katanya. [sumber]

Fakta Kekejaman Israel Terhadap Rakyat Palestin


Tiada yang lebih di tangisi oleh umat Islam selain Masjid Al-Aqsa di Kota Suci Al Quds, Baitulmaqdis berada dalam cengkaman rejim zionis Israel hingga ke hari ini. Cengkaman tersebut menyebabkan umat Islam dinafikan untuk keluar masuk melakukan solat di dalamnya. Lebih memedihkan, Israel merancang untuk melenyapkan masjid itu dari muka bumi ini.

Ikuti fakta-fakta kekejaman Israel di Bumi Palestin:
  • Langsung tidak masuk akal, tetapi itulah realitinya pada hari ini apabila umat Islam yang setiap kali hendak beribadat dan solat lima waktu di Masjid Al-Aqsa, rejim Israel akan mengenakan cukai sembahyang AS$7 (kira-kira RM21) sekepala. Jika tidak, mereka dengan gembira akan menghalau umat Islam daripada memasuki masjid tersebut.
  • Apabila sekatan demi sekatan mereka kenakan, akhirnya Masjid Al-Aqsa tidak lagi dikunjungi oleh umat Islam kerana tentunya mereka tidak mampu untuk membayar cukai yang tidak masuk akal itu. Akhirnya apabila tiada lagi umat Islam ke masjid itu, ia akan dijadikan alasan oleh rejim Israel untuk mengambil alih dan seterusnya merobohkan masjid tersebut untuk dibina Kuil Haikal (Solomon Temple) yang kononnya terletak di tapak Masjid Al-Aqsa tersebut.
  • Selama 64 tahun terbentuknya negara haram Israel dan 45 tahun Baitulmaqdis dijajah oleh rejim angkuh itu, pelbagai bentuk tindakan kurang ajar dan biadap dilakukan ke atas tempat-tempat suci dan rumah-rumah ibadat terutamanya milik Islam dan Kristian.
  • Perlu disedari, ketika berlakunya Perang 1948 itu, Israel mengusir keluar lebih daripada 800,000 penduduk Palestin dengan 100,000 daripada mereka adalah beragama Kristian.
  • Rejim itu turut memusnahkan 492 perkampungan asal Palestin, 480 masjid dengan 14 buah masjid ditukar menjadi kilang, kelab-kelab hiburan dan kandang ternakan haiwan.
  • Manakala 410 tanah perkuburan Islam lama dan baru dibongkar dan diratakan yang kemudian menyaksikan mereka mendirikan pelbagai premis di atas tapak kubur tersebut. Hotel Hilton di ibu negara Israel, Tel Aviv misalnya, didirikan di atas tanah perkuburan Islam Abed An Nabi.
  • Tanah perkuburan Mamilla dipercayai wakaf perkuburan milik orang Islam Palestin yang terletak di tengah-tengah bandar Baitulmaqdis telah bertukar menjadi hotel mewah. Reka bentuk Hotel Mamilla disifatkan sebagai yang terhebat bertaraf dunia .
  • Bayangkan apa dosa sebuah tanah perkuburan yang berusia ratusan tahun penduduk Palestin dirobohkan dan dilenyapkan. Lalu tergamak didirikan segala macam premis bangunan. Sedangkan, mereka boleh dirikan di atas tanah lain tanpa perlu membongkar kubur-kubur lama tersebut. Alasannya, kubur-kubur tersebut tidak ada permit dan tiada siapa boleh mempersoalkan kewajaran tindakan rakus mereka itu.
  • Hak mereka sebagai penduduk pribumi dinafikan tanpa ada sebarang kompromi, jauh sekali belas ihsan. Sekali gus menjadikan Baitulmaqdis, bandar yang penuh dengan tekanan.
  • Rakyat Palestin tidak seperti orang luar yang bebas bergerak ke mana sahaja. Mereka perlu melalui check point yang terlalu banyak. Ada kawasan-kawasan tertentu yang tidak dibenarkan untuk mereka masuki ataupun melaluinya. Jadi rakyat Palestin terpaksa berpatah balik dan melalui jalan lain.
  • Bukan itu sahaja, bagi mereka yang bekerja di Baitulmaqdis, permit kerja yang dikeluarkan sangat susah sehingga setiap maklumat perlu diperincikan termasuklah tempoh masa bekerja. Jika tertera masa bekerja bermula pukul 8 pagi sehingga 5 petang, mereka akan dihujani dengan pelbagai soalan oleh pegawai di check point sekiranya tiba melepasi waktu itu.
  • Boleh dikatakan hampir setiap 10 meter perlu melalui pemeriksaan askar Israel dan lelaki yang berusia 10 sehingga 40 tahun, langsung tidak dibenarkan masuk ke masjid itu.
  • Pembinaan tembok-tembok pemisah yang didirikan Israel juga jelas menunjukkan berlakunya rampasan tanah rakyat Palestin. Mereka bina tembok itu sehingga masuk ke dalam kawasan milik rakyat Palestin. Selain memisahkan penempatan rakyat Palestin ia juga memaksa mereka berpusing jauh untuk ke sekolah dan hospital.
  • Kesemua tindakan biadap Israel itu merupakan untuk menyahudikan seluruh Baitulmaqdis dengan memadamkan ciri-ciri asal kota suci yang merupakan pusat agama, budaya dan kesenian tiga agama sejak dahulu lagi.
  • Usaha tersebut bertambah rancak dengan membawa masuk seramai mungkin pendatang-pendatang haram Yahudi dari seluruh dunia untuk ditempatkan di sekitar Baitulmaqdis.
  • Penempatan itu kini telah meliputi kawasan seluas 112.13 kilometer persegi atau 47.7% dari kawasan Kota Al Quds yang dikelilingi oleh Tembok Pemisah yang kini telah menempatkan 236,480 pendatang Yahudi.
  • Ia melebihi penduduk asal Palestin yang kini tinggal seramai 151,423 yang terkepung di dalam kawasan tembok tersebut.
Dengan terpaksa hidup dalam pelbagai tekanan dan sekatan, sekali gus menafikan keseluruhan hak-hak rakyat Palestin sebagai penduduk asal. [sumber]

Bicara 1malaysianews: Sampai bila kita hendak berdiam diri dan membiarkan rakyat Palestin berseorangan menentang rejim zionis Israel? Apa yang boleh kita lakukan bagi membantu rakyat Palestin mendapatkan kembali hak mereka? Ramai rakyat Palestin yang telah terkorban dalam kronologi menentang Israel.

Admin masih ingat lagi kata-kata ustazah admin, "jihad paling besar sekarang ini adalah jihad melawan nafsu". Walaupun kita tidak dapat berjihad bersama dengan rakyat Palestin menentang Israel, kita haruslah berjihad menentang nafsu godaan syaitan laknatullah. Suatu hari nanti, akan muncullah seorang pemimpin yakni Imam Mahdi yang akan memimpin dan mengembalikan zaman kegemilangan Islam. Bila Imam Mahdi akan muncul? Wallahualam.

Inilah Sebab Rasullah SAW Menyukai Kucing


Nabi menekankan di beberapa hadisnya bahawa kucing itu bukanlah najis. Malah diperbolehkan untuk berwudhu menggunakan air bekas minum kucing kerana dianggap suci. Lantas kenapa Rasulullah Saw yang buta baca dan tulis, berani mengatakan bahawa kucing suci, bukan najis? Lalu, bagaimana Nabi mengetahui kalau pada badan kucing tidak terdapat najis?

Pada kulit kucing terdapat otot yang berfungsi untuk menolak sel bakteria. Otot kucing itu juga dapat menyesuaikan dengan sentuhan otot manusia.

Pada permukaan lidah kucing ditutupi oleh berbagai benjolan kecil yang runcing. Benjolan ini bengkok mengucup seperti kikir atau gergaji. Bentuk ini sangat berguna untuk membersihkan kulit. Ketika kucing minum, tidak ada setitis pun cairan yang jatuh dari lidahnya.

Sedangkan lidah kucing sendiri merupakan alat pembersih yang paling canggih, permukaannya yang kasar boleh membuang bulu-bulu mati dan membersihkan bulu-bulu yang tersisa di badannya. 

Telah dilakukan berbagai penyelidikan terhadap kucing dan berbagai perbezaan usia, perbezaan posisi kulit, punggung, bahagian dalam telapak kaki, pelindung mulut, dan ekor. 

Pada bahagian-bahagian tersebut dilakukan pengambilan sample dengan usapan. Di samping itu, dilakukan juga penanaman kuman pada bahagian-bahagian khusus.

Terus diambil juga cairan khusus yang ada pada dinding dalam mulut dan lidahnya. Hasil yang didapatkan adalah:

1. Hasil yang diambil dari kulit luar tenyata negatif kuman (tiada kuman), meskipun dilakukan berulang-ulang kali.

2. Perbandingan yang ditanamkan kuman memberikan hasil negatif sekitar 80% jika dilihat dari cairan yang diambil dari dinding mulut.

3. Cairan yang diambil dari permukaan lidah juga memberikan hasil negatif kuman.

4. Hanya sekali sahaja kuman yang ditemui semasa proses penyelidikan dan kuman itu termasuk dalam kumpulan kuman yang dianggap sebagai kuman biasa yang berkembang pada tubuh manusia dalam jumlah yang terbatas seperti, enterobacter, streptococcus, dan taphylococcus. Jumlahnya kurang dari 50 ribu pertumbuhan.

5. Tidak ditemui kumpulan kuman yang beragam.

Berbagai sumber yang dapat dipercayai dan hasil penyelidikan laboratorium menyimpulkan bahawa kucing tidak mempunyai kuman dan mikroba. Air liurnya bersih dan membersihkan.

Komen para doktor yang pakar dalam bidang kuman



Menurut Dr. George Maqshud, ketua laboratorium di Rumah Sakit Hewan Baitharah, jarang sekali ditemui adanya kuman pada lidah kucing. Jika kuman itu ada, maka kucing itu akan sakit. Subhanallaah !

Dr. Gen Gustafsirl menemui bahawa kuman yang paling banyak terdapat pada anjing, manusia 1/4 anjing, kucing 1/2 manusia. (Inilah sebabnya jika terkena air liur anjing harus dibasuh dengan tanah)

Doktor haiwan di klinik haiwan Damaskus, Sa’id Rafah menegaskan bahawa kucing mempunyai agen pembersih yang bemama lysozyme.

Kucing tidak suka air kerana air merupakan tempat yang sangat subur untuk pertumbuhan bakteria. Kucing juga sangat menjaga kestabilan kehangatan tubuhnya. Ia tidak banyak berjemur dan tidak dekat-dekat dengan air. Tujuannya agar bakteria tidak berpindah kepadanya. Inilah yang menjadi faktor tidak adanya kuman pada tubuh kucing.

Tetapi ketika sebahagian doktor dan percubaan yang telah di lakukan di laboratorium haiwan, ditemui bahawa badan kucing bersih secara keseluruhan dan ia lebih bersih daripada manusia.

Peristiwa yang berlaku kepada Rasullah dan sahabatnya



Hadis Kabsyah binti Ka’b bin Malik menceritakan bahawa Abu Qatadah, mertua Kabsyah, masuk ke rumahnya lalu ia menuangkan air untuk wudhu. Pada masa itu, datang seekor kucing yang ingin minum. Lantas ia menuangkan air di bejana sampai kucing itu minum.
Kabsyah berkata, “Perhatikanlah.” Abu Qatadah berkata, “Apakah kamu hairan?” Ia menjawab, “Ya.” Lalu, Abu Qatadah berkata bahawa Nabi SAW pernah bersabda, “Kucing itu bukan najis. Ia binatang yang suka berkeliaran di rumah,” (HR At-Tirmidzi, An-Nasa’i, Abu Dawud, dan Ibnu Majah)
Diriwayatkan dan Ali bin Al-Hasan, dan Anas yang menceritakan bahawa Nabi SAW pergi ke Bathhan suatu daerah di Madinah. Lalu, beliau berkata, “Ya Anas, tuangkan air wudhu untukku ke dalam bejana.” Lalu, Anas menuangkan air. Ketika sudah selesai, Nabi menuju bejana. Namun, seekor kucing datang dan menjilat bejana. Melihat itu, Nabi berhenti sampai kucing tersebut berhenti minum lalu berwudhu. Nabi ditanya mengenai kejadian tersebut, beliau menjawab, “Ya Anas, kucing termasuk perhiasan rumah tangga, ia tidak dikotori sesuatu, malah tidak ada najis.”

Diriwayatkan dari Dawud bin Shalih At-Tammar dan ibunya yang menerangkan bahawa seorang budak memberikan Aisyah semangkuk bubur. Namun, ketika ia sampai di rumah Aisyah, tenyata Aisyah sedang solat. Lalu, ia memberikan isyarat untuk menyimpannya. Sayangnya, setelah Aisyah menyelesaikan solat, dia lupa mengenai bubur tersebut.
Datanglah seekor kucing, lalu memakan sedikit demi sedikit bubur tersebut. Ketika ia melihat bubur tersebut dimakan kucing, Aisyah lalu membersihkan bahagian yang disentuh kucing, dan Aisyah memakannya. Rasulullah SAW bersabda, “Ia tidak najis. Ia binatang yang berkeliaran.” Aisyah pernah melihat Rasulullah SAW berwudhu dari sisa jilatan kucing, (HR AlBaihaqi, Abd Al-Razzaq, dan Al-Daruquthni).

Subhaanallah!! Kalaulah bukan dari wahyu Allah tentulah Rasulullah SAW yang buta baca dan tulis ini tidak akan berani mengatakan bahawa kucing itu bersih? Segala sesuatu yang baru ditemukan oleh para ilmuwan semasa ini, ternyata sudah diketahui ilmunya oleh Rasul Kita Muhammad SAW sejak 1500 tahun yang lalu. [sumber]

Kandungan Ubat Nyamuk yang Sebenar


Pernah terfikir setiap kali kita menyalakan ubat nyamuk apa yang terkandung di dalamnya? Betul ke ia mampu menghalau nyamuk?

Untuk pengetahuan anda, ubat nyamuk dibuat menggunakan serbuk pyrethrum. Serbuk ini diekstrak dari tumbuhan yang mungkin ramai tahu, iaitu sejenis bunga dari keluarga Chrysanthemum (seperti gambar dibawah). Sebab banyak air kotak dijual mempunyai perisa chrysanthemum. Phyrethrum telah digunakan sejak tamadun Parsi serta di negara-negara Eropah sebagai racun serangga.

C. cinerariifolium 

C. coccineum 

Ubat nyamuk yang kita lihat hari ini dicipta oleh usahawan Jepun pada 1890-an, Eiichiro Euyama yang mengandungi tepung kanji, serbuk kulit buah oren dan serbuk phyrethrum. Pada ketika itu, penduduk Jepun hanya menghalau nyamuk dengan serbuk phyrethrum dicampur dengan serbuk kayu dan dibakar.

Eiichiro mendapat idea untuk mencipta ubat nyamuk dalam bentuk blok, tetapi kaedah ini hanya dapat menghalau nyamuk selama 40 minit. Isteri beliau memberi idea untuk membuat ubat nyamuk dalam bentuk lingkaran serta lebih tebal yang menyebabkan ubat nyamuk mampu bertahan selama 8 jam.

Eiichiro 

Selepas Perang Dunia Ke-2, syarikat Eiichiro iaitu Dainihon Jochugiku Co. Ltd bekerjasama dengan syarikat lain untuk pasaran yang lebih luas. Kini ubat nyamuk kebanyakkannya digunakan di negara Asia, Amerika Selatan serta Afrika. Antara kandungan bahan ubat nyamuk moden ialah Pryrethrum, Phyrethrins, Allethrin, Esbiothrin, BHT, PBO serta MGK 264. [sumber]

Bicara 1malaysianews: Ubat nyamuk boleh menjadi penyebab kanser? Ada kajian yang menyatakan sedemikian rupa sebab di dalam ubat nyamuk terkandung octachlorodipropyl ether serta bischloromethyl ether yang menjadi agen kanser paru-paru. Terpulang kepada kita untuk menggunakannya atau bertukar kepada cara lain untuk menghalau nyamuk.

Friday, March 30, 2012

Pekeliling Kenaikan Gaji Kakitangan Awam 2012 SSM Terkini


Baru-baru ini CEUPACS telah menggesahkan JPA supaya pekeliling kenaikan gaji akan dikeluarkan sebelum hujung bulan Mac 2012 dan akhirnya pekeliling kenaikan gaji kakitangan awam pun telah dikeluarkan. Pasti ramai penjawat kakitangan awam ini tercari-cari pekeliling tersebut.

Untuk memeriksa kenaikan gaji setiap penjawat awam, klik pada pautan yang telah disediakan di bawah ini. Selain melihat kenaikan gaji di laman tersebut, anda boleh juga memeriksa kenaikan Elaun Cola ataupun bantuan sara hidup. Sila rujuk pada pautan di bawah untuk mendapatkan link download pdf bagi:
[sumber]

Bicara 1malaysianews: Alhamdulillah, segala spekulasi mengenai kenaikan gaji kakitangan awam akhirnya terjawab juga. Pekeliling sudah dikeluarkan, diharapkan tidak timbul lagi isu mengenai perkara ini.

Taktik Terkini Perompak Menggunakan GPS

Admin ada terbaca satu kisah tentang kes rompakan yang berlaku dengan menggunakan taktik yang mungkin tidak terfikir oleh kita semua, hanya dengan menggunakan GPS yang ada dalam kereta kita. Memang agak kreatif perompak-perompak zaman sekarang ini. Nak tahu lebih lanjut, baca kisah di bawah ini sampai habis.


Satu petang, saya menuju ke kereta untuk meletakkan laptop saya di kerusi hadapan (sebelah pemandu) kereta saya. Semasa saya hendak membuka pintu kereta, saya mendapati ada lubang kecil di bawah handle pintu. 
Ada orang yang telah menembak kereta aku!! 
Kerana panik, saya menelefon seorang kawan yang merupakan pemilik sebuah bengkel kereta dan bertanya, adakah dia pernah menemui kereta yang berlubang seperti di bawah handle pintunya.
“Ya, sudah beberapa kali sejak akhir-akhir ini. Itu bukan lubang bekas peluru, tetapi pencuri yang merosakkan dengan maksud untuk masuk ke dalam kereta awak. Tidak ada alarm, dan tidak ada pecahan kaca”, katanya.
Apa yang menghairankan, tiada barang saya yang hilang. Malah mereka mengunci semula pintu kereta saya. Empat hari kemudian, rumah saya kena rompak. Banyak barang berharga telah hilang dan sekarang baru saya sedar, semasa perompak itu memecah masuk kereta saya, mereka tidak mengambil apa pun semasa itu. Apa yang mereka buat hanya membuka GPS saya, dan mencari “HOME”… [sumber]

Bicara 1malaysianews: Perompak sekarang memang pandai mengambil kesempatan terhadap teknologi yang wujud. Dengan hanya menggunakan GPS yang terdapat dalam kereta, perompak dapat mengenal pasti kediaman rumah kita. Semoga kita semua dijauhkan daripada kecelakaan yang datang dari perbuatan manusia itu sendiri.

Mengaku Nabi, Lelaki Ini Melukis "Peta Syurga"

Sudah lah mengaku dirinya merupakan seorang nabi, malah dia juga turut melukis "Peta Syurga" dan menyatakan bahawa dia pernah mengunjungi 11 buah syurga serta bertemu dengan Tuhan. Amaran keras, artikel di bawah ini adalah laporan daripada negara luar yang sudah terang-terangan sesat dan menyimpang daripada ajaran Islam. Jadikan ia sebagai iktibar dan bukannya sebagai contoh teladan.


Seorang lelaki Afrika Selatan mengaku telah menggambarkan sebuah "peta syurga" di dinding rumahnya. Lelaki bernama Sibusiso Mthembu yang berasal dari Mandeni, sebuah kota kecil dekat Durban itu juga mengaku sebagai nabi. 

Warga kota itu berduyun-duyun mendatangi rumah lelaki berusia 64 tahun itu untuk melihat peta yang dimaksudkan. Mthembu mengatakan, dia membuatnya setelah empat kali mengunjungi syurga, seperti dipetik daripada akhbar harian Sowetan. Tidak cukup dengan pendedahan itu, dia mengatakan ada 11 syurga dan dia sudah mengunjungi semuanya. Dia bahkan mengaku pernah bertemu Tuhan dalam kunjungan keduanya ke syurga.

"Yesus itu berkulit putih, sedangkan Tuhan itu agak abu-abu. Dan Tuhan itu masih muda," Mthembu menjelaskan. Kisahnya seperti ini, pada 1993 seorang lelaki berkulit putih mendatangi rumahnya dan mengatakan bahawa syurga memerlukannya. Ketika "malaikat" itu kembali setahun kemudian, Mthembu diajak ke syurga.

"Saya diajak ke syurga kelima yang disebut Crista, di situ saya bertemu dengan Yesus di sebuah kota yang dinamakan Sharomy," katanya dalam akhbar harian Sowetan. Dia juga mengatakan Harold Camping yang meramalkan bahawa dunia akan kiamat pada akhir Mei 2011 adalah hal yang benar, meskipun sampai hari ini ramalan itu tidak terjadi.

"Sebenarnya apa yang terjadi pada hari itu adalah pertemuan besar di syurga, yang disebut Il-Banta, untuk membicarakan perang besar melawan syaitan," terangnya. "Nabi mengatakan satu hari menurut Tuhan setara dengan 891 tahun, jadi 23 Mei itu merupakan awal hitungan untuk kiamat," ujar Mthembu.


Sejak kembali dari perjalanan terakhirnya ke syurga pada 2008, Mthembu menggambarkan peta syurga dan penghuninya. Itulah yang ingin dia tunjukkan pada dunia. "Saya tidak tahu samada mahu percaya atau tidak," kata seorang pengunjung yang melihat peta syurga di rumah Mthembu.

"Menurut saya, ini soal agama atau kepercayaan peribadi. Ada orang yang percaya itu benar-benar peta syurga, sementara yang lain tidak mempercayainya," ujar pengunjung itu. Mthembu mengajak orang-orang di seluruh dunia untuk melihat peta syurga yang dibuatnya kerana suatu hari nanti, pasti akan ada orang China, England, atau Jepun yang mengaku membuat peta syurga.

"Afrika Selatan akan dilupakan sebagai tempat peta syurga pertama dibuat," katanya. Selain membuat peta syurga, Mthembu juga menulis beberapa buku yang menggambarkan perjalanannya ke syurga. [sumber]

Bicara 1malaysianews: Tidak ada tuhan yang berhak disembah melainkan Allah SWT. Allah adalah pencipta kita dan kita wajib mentaati segala perintahNya. Jangan kufur terhadap Allah dan Islam, kerana Islam itu adalah agama yang benar.

Selain itu, tidak ada manusia yang pernah ke syurga dan bertemu dengan Allah melainkan junjungan besar kita, Nabi Muhammad SAW. Sesungguhnya, syurga, neraka, pahala, dosa itu adalah perkara Samiyat dan tidak boleh dilihat oleh pancaindera manusia.

9 Cara Mengubati Diri Selepas Putus Cinta



1. Jangan Bertemu dengan Bekas Kekasih Buat Sementara
Setelah putus cinta, elakkan bertemu atau berkaitan dengan bekas kekasih anda. Perasaan sayang yang masih ada mungkin mendorong anda untuk menelefon, menghantar mesej teks atau bertemu dengannya. Tapi tindakan ini justeru akan mengingatkan sakitnya putus cinta. Anda harus benar-benar putus hubungan dengan si dia, sekurang-kurangnya untuk beberapa bulan bagi menyembuhkan rasa sakit hati.

2. ’Nikmati’ Rasa Sakit Itu
Adalah hal yang sangat wajar ketika kita kehilangan seseorang yang dicintai. Saat merasakan sakit, itu bererti sebuah tanda bahawa anda sedang dalam proses penyembuhan. Menangislah jika anda ingin menangis, dan berteriaklah jika memang itu bbleh membuat perasaan sedikit lega. Rasa sakit setelah putus cinta boleh menjadi inspirasi untuk anda bagi mengerjakan sesuatu yang lebih baik, yang tidak pernah anda lakukan sebelumnya.

3. Menyibukkan Diri 
Cara terbaik menyembuhkan luka kerana putus cinta dan melupakan si dia adalah dengan menyibukkan diri. Anda tidak akan memikirkan bekas kekasih jika tidak memberi kesempatan pada otak untuk mengingatinya. Cubalah aktif dalam pelbagai kegiatan. Pilih aktiviti yang anda senangi. Tidak hanya menyegarkan fikiran, banyakkan aktiviti luar juga boleh mengalihkan fikiran anda daripada si dia.

4. Curahkan Kesedihan Anda Hanya Kepada Teman Dekat
Boleh saja menceritakan bagaimana sakit hatinya anda selepas putus cinta. Tapi bukan bererti anda boleh membicarakannya kepada setiap orang yang anda temui. Bukannya bersimpati, tindakan ini justeru boleh membuat teman-teman menjauhi anda. Berceritalah hanya pada teman-teman atau orang yang dekat dengan anda, yang cukup mengerti anda dan mahu mendengar setiap keluh kesah. Akan lebih baik lagi jika orang tersebut boleh menenangkan, mencarikan penyelesaian dan menggalakkan anda untuk meneruskan hidup.

5. Tumpahkan Perasaan anda dalam Tulisan 
Menumpahkan semua kekesalan dalam tulisan boleh jadi alternatif lain untuk meredakan sakit hati akibat putus cinta. Keluarkan semua rasa sakit, kecewa dan kemarahan anda dalam buku harian, sehelai kertas atau komputer (tapi jangan menyebarkannya ke kumpulan e-mel atau rangkaian sosial). Setelah sembuh nanti, anda boleh membacanya semula sebagai alat pendorong untuk menjalin hubungan yang lebih baik dengan pasangan berikutnya.

6. Meditasi
Meditasi adalah salah satu teknik lama untuk menenangkan fikiran yang tegang. Duduklah dengan tenang di dalam bilik, tutup mata, ambil nafas dalam-dalam, dan keluarkan secara perlahan. Sambil santai, anda boleh menjauhkan perkara-perkara negatif dari fikiran anda. Nyalakan lilin aromaterapi dan muzik instrumental untuk menambah perasaan tenang saat bermeditasi.

7. Beri Perhatian Pada Keluarga
Orang tua, kakak mahupun adik mungkin adalah orang-orang yang berpengaruh besar pada kehidupan anda. Mereka akan selalu berada di sisi anda saat senang mahupun susah. Saat menjalin hubungan cinta dengan bekas kekasih, mungkin anda tidak memberikan banyak masa untuk keluarga. Inilah saatnya untuk anda memberikan masa dan berkumpul bersama keluarga. Cuba ajak mereka beriadah atau sekadar makan malam bersama. Keakraban keluarga merupakan ubat paling mujarab untuk menyembuhkan luka.

8. Fokus pada Kerjaya
Jangan sampai kesedihan mengganggu prestasi kerja anda. Mungkin akan sukar menumpukan perhatian kerja saat kita di timpa masalah. Tapi cubalah untuk menjadikan kerjaya sebagai keutamaan dalam hidup anda. Dengan fokus dalam bekerja, bukan hanya membantu anda melupakan sakit hati, tetapi juga meningkatkan prestasi kerja anda di pejabat.

9. Nikmati Kesendirian
Sembuh dari sakit kerana putus cinta memang bukan hal mudah. Kerana itu, anda memerlukan waktu menenangkan diri untuk beberapa lama. Jangan terus cuba jalin hubungan baru setelah putus cinta untuk melupakan bekas kekasih anda. [sumber]


Bicara 1malaysianews: Ubat yang paling mujarab untuk menyembuhkan sakit hati ialah dengan membaca Al-Quran, berselawat, melakukan solat sunat dan ibadah-ibadah yang lain. Mohon lah kepada Allah, ingatlah Allah pada saat kita susah dan senang, insyaAllah Allah akan membantu kita.

Tidak Perlu Menukar Minyak Enjin Sekerap 3000 KM

Adakah anda menukar minyak enjin setiap 3,000 kilometer? Majoriti pemandu di jalanraya telah dimomokkan dengan pengiklanan yang mengesyorkan menukar minyak enjin kereta mereka setiap 3,000 kilometer. Tetapi kebenarannya adalah, bahawa ianya tidak lagi benar-benar perlu.

Ya, minyak enjin boleh menjadi kotor dan apabila itu berlaku, ia boleh menyumbat bahagian-bahagian enjin. Tetapi jika anda memandu kereta yang kurang daripada lima tahun, anda mungkin membazirkan wang dan minyak enjin jika anda menukar sekerap seperti itu. Kenyataannya bila untuk menukar minyak enjin tidak seperti promosi iklan yang anda percaya.


Menukar minyak enjin kereta anda setiap 3,000 km adalah perlu dalam tahun 1970-an, apabila kebanyakan kereta waktu itu menggunakan minyak kualiti 10W-40 yang cenderung untuk enjin cepat haus dalam tempoh kira-kira 3,000 km. Terima kasih kepada kemajuan dalam pelincir berkualiti tinggi dan toleransi yang lebih ketat dalam perhimpunan enjin automotif, baseline 3,000 km hanya tidak terpakai bagi kebanyakan di jalanraya hari ini. Pada hakikatnya, pengeluar kini mencadangkan anda menukar minyak enjin pada 5000, 7000, 10,000 atau sehingga 15,000 km untuk model baru di bawah keadaan pemanduan yang ideal.

Sebagai contoh, Toyota mengesyorkan anda menukar minyak pada setiap 5,000 kilometer untuk pikap 2005 Tacoma, Honda mengesyorkan 7,500 km untuk model Odyssey tahun 2002, General Motors mencadangkan 7,500 km bagi 2007 Chevrolet Malibu, dan Ford mencadangkan 10,000 km untuk Fiesta 2011.

Boxster 2008 Porsche boleh pergi sehingga 12,000 km antara setiap pertukaran minyak, dan BMW 3 Series 2010 boleh pergi sehingga 15,000 km sebelum anda perlu menukar minyak enjin di bawah keadaan pemanduan yang ideal. Dengan kerumitan ini, ia adalah mudah bagi pengguna untuk dikelirukan pihak tertentu.

Adakah Anda Tahu Bila Perlunya Menukar Minyak Enjin?

Buku manual kenderaan anda akan memberitahu anda berapa kerap anda perlu menukar minyak anda. Jika anda memandu model yang lebih baru, manual itu mungkin memberitahu anda apabila anda perlu menukar minyak anda. Sejak tahun 2003, General Motors telah dilengkapi hampir keseluruhan dengan GM Oil Life System. Sebenarnya, sejak model tahun 2010, hampir separuh daripada pembuat kereta Amerika sekarang menawarkan Oil Life Monitoring Systems untuk memberitahu pemandu apabila kereta mereka sebenarnya memerlukan minyak enjin ditukar.

Oil Life Monitoring Systems ini secara automatik memantau ciri-ciri enjin, tabiat memandu, perjalanan jarak pendek, dan iklim di mana kenderaan dikendalikan, dan kemudian memberitahu pemandu apabila tiba masa untuk mendapatkan pertukaran minyak enjin.

Jika anda pemandu yang sangat rendah perbatuan anda perlu menukar minyak sekurang-kurangnya sekali setahun. Sistem ini mungkin tiada di negara kita, tetapi realitinya menukar minyak enjin tidaklah perlu sekerap seperti yang dimomok-mokokkan oleh iklan-iklan di media dan mekanik anda sebelum ini. [sumber]

Berusia 8 Tahun Tetapi Sudah Menjadi Professional Photographer

Baru berumur lapan tahun tetapi sudah menjadi jurugambar professional! Kagum, itulah reaksi pertama kami setelah membaca kisah photographer muda ini di internet.

Ramai pemuda-pemuda sekarang bercita-cita untuk menjadi photographer. Asal ada sahaja Kamera DSLR di tangan, mulalah berangan gambar-gambar yang ditangkap oleh mereka berada di pameran termuka. Angan-angan itu tidak salah, cuma ia perlulah disertai dengan usaha seperti apa yang dilakukan oleh kanak-kanak ini.

Siapakah kanak-kanak yang kami maksudkan itu? Jom ikuti kisah di bawah ini:


Qamar Hashim kelihatan seperti mana-mana budak berusia 8 tahun tetapi pemuda comel Iraq ini mempunyai bakat unik sendiri. Dia adalah selebriti di negaranya kerana kemahiran fotografinya. Qamar adalah jurugambar termuda yang mendapat sijil professional dan banyak gambarnya telah dipaparkan dalam pameran terkemuka di Baghdad.

Beliau menunjukkan minat dalam seni dan mula mengambil gambar pada usia empat tahun. Pada masa itu dia hanya mengikut bapanya yang merupakan seorang wartawan foto. Beliau memulakan karier fotografinya dengan mengambil gambar-gambar sungai Tigris, burung, rumah-rumah lama, dan tempat-tempat penting sejarah.

Beliau berkata dia mahu menunjukkan melalui gambar bahawa Iraq adalah amat berharga dan Iraq adalah sangat baik. Beliau percaya negaranya yang aman dan mempunyai sejarah yang besar dan berharap untuk menjadi aktivis kanak-kanak apabila dia membesar. [sumber]

Antara gambar yang dihasilkan oleh Qamar Hashim:





Bicara 1malaysianews: Qamar bercita-cita untuk membeli sebuah rumah untuk keluarganya apabila dia mampu nanti. Baguslah dia tidak lupa diri walaupun sudah menjadi jurugambar professional. Tidak macam orang Melayu sekarang ini, baru naik dah lupa asal-usul. Diharapkan semoga kita tidak berada dalam kalangan 'orang Melayu yang mudah lupa' itu.

Thursday, March 29, 2012

Gempar! Imam Mahdi Muncul di Makkah

Imam Mahdi sudah muncul di Makkah? Subhanallah. Tahukah anda siapa dia Imam Mahdi? Imam Mahdi merupakan orang yang akan memimpin umat Islam kelak ketika dunia berada di akhir zaman. Tetapi betulkah beliau sudah muncul ketika ini? Sila ikuti laporan di bawah:


Gempar! Begitulah suasana yang dapat digambarkan pada petang 12 April 2011 semasa solat Asar. Menurut sumber yang dipercayai, seorang lelaki warganegara Mesir telah merampas mikrofon semasa permulaan solat asar yang diimamkan oleh Syeikh Abdullah Al-Juhany lalu mangatakan dirinya:
Akulah Mahdi yang ditunggu-tunggukan…..Akulah Mahdi yang ditunggu-tunggukan"
Suaranya dapat didengari oleh seluruh jemaah yang sedang solat asar di Masjid Haram pada ketika itu. Polis yang menjaga Masjid Haram  pada ketika itu telah melakukan tindakan pantas dengan menahannya untuk disoal siasat.

Lelaki tersebut dipercayai datang untuk menunaikan umrah atau merupakan pendatang secara haram di Arab Saudi dan dipercayai mempunyai masalah mental. Solat Asar pada hari tersebut dapat ditunaikan seperti biasa kerana kecekapan polis Masjid Haram menyelesaikan masalah tersebut. [sumber]

Bicara 1malaysianews: Walau apapun, sekarang ini kita memang sudah diambang akhir zaman. Tanda-tanda kecil dan tanda-tanda besar hari kiamat sudah banyak yang muncul pada hari ini. Sudahkah kita bersedia untuk menghadapi hari perhitungan? Sama-sama lah kita renung-renungkan.

Wednesday, March 28, 2012

Ikan Sisa Nabi


Ikan Sebelah Laut atau juga dikenali sebagai ikan sisa Nabi, nama saintifiknya Pseudorhombus spp./Achiroides spp. adalah tergolong dalam ikan air masin dan tawar yang terdapat di negara-negara ASEAN termasuk di Malaysia.

Ikan sebelah atau ikan sisa nabi ini menurut sejarah telah dimakan oleh Nabi Sulaiman AS tetapi oleh kerana baginda tidak sempat menghabiskannya, baginda telah melepaskan sebelah lagi ke dalam laut. Dengan kehendak Allah, ikan itu hidup semula dan berenang kembali ke lautan dengan keadaan ikan tersebut yang hanya tinggal sebelah dengan satu mata sahaja.

Bukti kewujudannya kekal sehingga ke hari ini untuk dijadikan iktibar bagi mereka yang masih ragu-ragu dengan kebenaran Islam. [sumber]

Akibat Meruntuhkan Masjid, 40 Orang Hindu Menjadi Buta


Ingatkah kita kepada Masjid Babry yang dirobohkan oleh orang Hindu di India? Rupa-rupanya, selepas masjid tersebut dirobohkan, ada peristiwa yang aneh berlaku kepada mereka yang merobohkan rumah Allah ini.

Sekitar 40 orang Hindu yang terlibat dalam serangan keji ke atas Masjid Babry untuk merobohkannya pada tanggal 6 Desember 1992, telah mengalami buta dan penyakit tersebut gagal diubati walaupun dirawat oleh doktor-doktor pakar terkenal di India.

Berita ini diketahui melalui laporan yang dihebahkan oleh akhbar Anshary Express yang diterbitkan di India. Akhbar itu memberitahu propaganda umat Hindu untuk merobohkan masjid tersebut turut disertai sejumlah besar orang-orang Hindu ekstrem dari berbagai pelusuk India. Mereka sebelumnya telah lama mendapatkan latihan untuk tujuan itu.

Akhbar tersebut juga menyatakan 31 orang yang buta itu tinggal di satu komplek di kota Maharinor. Sebelumnya, mereka pernah melakukan usaha merobohkan masjid tua milik umat Islam itu namun belum berhasil.

Sekarang setelah masjid ini dirobohkan, kumpulan orang buta ini bergantung hidup kepada bantuan yang diberikan organisasi-organisasi Hindu. Selain 31 orang, terdapat sembilan orang lain yang merupakan anggota organisasi Gazy Boora di Atar Pradesh turut hilang penglihatan mereka setelah terlibat sama merobohkan Masjid Babry.

Berdasarkan laporan akhbar tersebut, mereka yang buta menyesali tindakan tersebut dengan menyatakan bahawa tuhan-tuhan mereka telah murka terhadap mereka kerana telah merobohkan Masjid Babry. Menurut mereka, kebutaan yang mereka alami itu tidak lain adalah sebagai balasan dari tuhan-tuhan mereka itu.

Menurut wakil mereka, salah seorang waris dari orang-orang tersebut menyebutkan, anak lelakinya memang telah mendapatkan latihan khusus untuk turut serta dalam tindakan merobohkan masjid itu namun ia mengaku belum mengetahui identiti pihak yang telah melatih anak lelakinya itu.

Penduduk setempat terutama yang berada di kawasan sekitar Masjid Babry berkeyakinan bahawa dengan tindakan perobohan tersebut itu mereka telah melakukan dosa besar. Sebab itulah, balasannya mereka menjadi buta.

Sekali pun kejadian ini sudah lama, tetapi mudah-mudahan menjadi pengajaran. Penyebab mereka semua menjadi buta ialah itu merupakan azab dari Allah ke atas mereka.Tindakan meroboh Masjid Babry jelas sekali amat besar dosanya. [sumber]

Ulasan 1malaysianews: Walaupun kita hidup dalam komuniti yang berlainan agama dan bangsa, janganlah kita melakukan 'dajal' terhadap mereka seperti merobohkan tempat ibadat dan sebagainya. Kita haruslah menghormati agama dan bangsa lain sebagai mana kita menghormati kaum lain yang wujud di tanah air kita ini.

Islam juga menuntut agar umatnya menghormati agama yang bertentangan dengannya. Pihak kami juga yakin bahawa agama lain juga begitu. Ingatlah, toleransi itu amat penting dalam mewujudkan suasana yang aman dan harmoni di dalam sesebuah negara.

Aksi Cikgu di China

Untuk menjadi seseorang yang berilmu dan berguna kepada masyarakat, kita mestilah belajar daripada seorang insan mulia yang bergelar Guru. Seperti yang kita sedia maklum, bukan mudah untuk menjadi seorang guru yang mampu melahirkan anak murid yang cemerlang dari segi sahsiah dan akademik.

Setiap guru ada cara/gaya/style mengajar mereka tersendiri supaya murid-murid dapat faham apa yang hendak disampaikan. Tetapi, cuba anda lihat gambar-gambar di bawah ini, anda tak rasa ke yang cara mengajar guru-guru tersebut seperti pelik dan kadangkala melampau?


 

 

 


 

 

Berdasarkan gambar di atas, sesetengah guru menggunakan segala objek yang ada disekeliling mereka supaya murid faham akan ilmu yang hendak disampaikan. Selain itu, ada juga yang mempamerkan 'gaya-gaya pelik' dalam mengajar seperti gambar yang pertama dan kelima di atas. Macam-macam gaya cikgu di China ni kan? haha

Tuesday, March 27, 2012

Fanpage Zizan Raja Lawak Kena Hack Oleh Segan Crew

DP fanpage Zizan Raja Lawak sejurus selepas dihack

Fanpage Zizan Raja Lawak kena hack? Fanpage ini antara yang mencatatkan jumlah like tertinggi di malaysia dengan lebih 1.5 juta likers di Facebook. Fanpage Zizan Raja Lawak telah digodam oleh hacker yang menggelarkan diri mereka "Segan Crew". Kumpulan hacker tersebut mengaku yang mereka hanya mahu cuba tahap keselamatan fanpage tersebut.

Status pertama yang ditulis oleh si hacker setelah berjaya merampas fanpage tersebut:
“Assalammualaikum. Secara rasminya Fanpage ini dikendalikan oleh Segan.Crew. Jangan marah2.We only want test our artis fanpage vulnerability . Next target. ...!
P/S: Mmmuahh! Zizan !,”

Semua admin asal fanpage berkenaan telah digugurkan dan itu menimbulkan kemarahan pihak pengurusan page berkenaan. Namun, pihak Segan Crew tidak merancang untuk memegang lama fanpage berkenaan. Mereka telah menyatakan hasrat akan memulangkan fanpage berkenaan tepat jam 7 petang pada hari yang sama fanpage itu dihack seperti yang dinyatakan mereka dalam status di bawah:
“TO ADMIN: Fanpage akan dipulangkan pada 27.03.2012.//7.00P.m waktu tempatan .Sila inbox untuk lebih info ^_^. 

Status terakhir sebelum fanpage Zizan Raja Lawak diserahkan kepada admin asal:
“TO ZIZAN FANS: Love u all ! Jangan la emo . Besok kita dah tak jumpa lagi dah.
P/S./Kami akan bergerak aktif selepas ini./Kepada artis-artis/ahlipolitik/.etc . . . ./BEWARE!,” 
[sumber]

Permohonan Biasiswa Felda Global Untuk Lepasan SPM 2011


Permohonan biasiswa Felda Global? Beberapa hari yang lepas, pihak kami ada membuat post tentang Permohonan Biasiswa Yayasan Tenaga Nasional Bagi Pelajar Lepasan SPM. Untuk maklumat lanjut, sila klik pada link yang telah disertakan di atas.

Selain Yayasan Tenaga Nasional, Felda Global Group turut menyediakan biasiswa khas untuk pelajar lepasan SPM tahun 2011. Jika anda ingin melanjutkan pelajaran ke IPT ternama di luar negara, anda amat digalakkan untuk memohon biasiswa Felda Global ini.

Biasiswa Kumpulan Felda Global ini adalah untuk mereka yang hendak melanjutkan pelajaran dalam bidang-bidang yang dinyatakan di bawah sahaja.
  • Kejuruteraan
  • Bioteknologi
  • Perakaunan
  • Kewangan
  • Teknologi Maklumat
  • Pemasaran Antarabangsa
  • Syarat Am
Untuk memohon biasiswa ini, anda mestilah berumur tidak melebihi 18 tahun pada 31 Disember 2012. Selain itu, anda haruslah menonjolkan kemahiran kepimpinan melalui penyertaan aktif dalam aktiviti kokurikulum.

Jawatankuasa Pemilihan Kumpulan Felda Global berhak memilih calon-calon yang layak dan semua keputusan adalah muktamad. Pemilihan kursus adalah terhad kepada jurusan yang ditawarkan dan tertakluk kepada keputusan Jawatankuasa Pemilihan.

Jawatankuasa Pemilihan berhak untuk meminda atau menukar kriteria kelayakan bila mana perlu. Calon-calon yang tidak layak, permohonan yang tidak lengkap dan permohonan yang diterima selepas tarikh tutup tidak akan dipertimbangkan.

Syarat Kelayakan

Kejuruteraan dan Bioteknologi
  • Keputusan SPM 2011 dengan sekurang-kurangnya 9A termasuk mata pelajaran Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik Tambahan, Matematik Moden, Fizik/Kimia/Biologi dan mana-mana mata pelajaran berkaitan dengan Kejuruteraan dan Bioteknologi.

Perakaunan, Kewangan, Teknologi Maklumat dan Pemasaran Antarabangsa.
  • Keputusan SPM 2011 dengan sekurang-kurangnya 9A termasuk mata pelajaran Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik Moden, Perakaunan, Sains dan Sejarah/Geografi.

Cara Memohon

  • Permohonan perlu dibuat secara online melalui laman web Sistem Permohonan Biasiswa Kumpulan Felda.
  • Permohonan secara manual tidak akan diproses.
  • Setiap pemohon mestilah mempunyai e-mel peribadi masing-masing.

Peringatan untuk semua yang layak, permohonan Anugerah Biasiswa Kumpulan Felda Global 2012 ini akan ditutup pada 7 April 2012. Pihak kami akan sentiasa mendoakan agar permohonan biasiswa anda diluluskan oleh pihak atasan. Semoga berjaya :)

[sumber rujukan]

Kanak-kanak 10 Tahun Melahirkan Anak di Mexico


Baru berumur 10 tahun tetapi sudah melahirkan anak? Ya, memang itulah yang terjadi di Mexico apabila seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun dilaporkan melahirkan seorang bayi lelaki selepas mengandung selama 31 minggu iaitu kira-kira 7 bulan. Bayi tersebut dikategorikan sebagai bayi pra-matang kerana lahir tidak mencukupi 9 bulan seperti bayi biasa yang lain.

Bayi yang dilahirkan oleh kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun itu mempunyai berat sebanyak 3.3 pounds dan dilahirkan secara pembedahan Caesarian. Bayi tersebut kini berada di Unit Rawatan Rapi (ICU).

Ibu muda tersebut yang dirahsiakan identitinya telah kembali ke kampung halaman selepas melahirkan bayi. Setiap hari, dia akan datang ke hospital untuk menyusukan anaknya. Pejabat Peguam Negara negeri Puebla kini sedang menyiasat sama ada gadis itu telah dirogol dan siapa bapa bayi tersebut.

Telah tertulis dalam undang-undang negara Mexico di mana ibu-ibu muda tidak boleh melakukan pengguguran kecuali perempuan tersebut boleh membuktikan dia adalah mangsa serangan seksual. Umur minimum untuk menyatakan persetujuan pengguguran ialah 12 tahun.

Jika mereka tidak dapat membuktikan yang mereka telah didera secara seksual, mereka akan menghadapi hukuman denda atau penjara. Walau bagaimanapun, undang-undang tersebut sedang dikaji semula. [sumber]

Monday, March 26, 2012

Alex Memperoleh 150 Dolar Sehari Dengan Jual Gula-Gula

Pernah tak anda terfikir anda mampu menghasilkan sejumlah wang yang banyak dengan hanya menjadi seorang penjual gula-gula? Seorang lelaki yang berasal dari New York telah membuktikannya. Alex hanya berjalan-jalan di sekitar kereta api bawah tanah sambil menjual gula-gula dan memperoleh ratusan dolar sehari.


Alex atau nama penuhnya Alex ‘Tracks’ McFarland dapat menghasilkan wang tunai sebanyak 55,000 dolar setahun dengan hanya menjual gula-gula dan biasanya, dia mampu membawa pulang sekitar 150 dolar sehari. Menurut Alex, dia mula melakukan pekerjaan ini sejak berusia 11 tahun. Dia melakukan pekerjaan ini kerana hendak mendapatkan wang sendiri tanpa perlu bergantung kepada orang lain.

Menurut Mail Online, Alex kini telah menjadi salah satu raja gula-gula pada sistem transport publik di New York dengan 13 tahun pengalaman dalam menjual gula-gula. Ini dibuktikan dengan berbagai jenis gula-gula yang dijualnya.
“Dengan menjual gula-gula, aku dapat mengurus keluarga” katanya sambil tersenyum.
Ulasan 1malaysianews: Sebenarnya, apa saja pekerjaan yang kita ceburi boleh mendatangkan pulangan yang lumayan asalkan kita konsisten dan tidak berputus asa. Alex telah menunjukkan yang dia mampu menjana pendapatan yang lumayan dengan hanya menjual gula-gula.

Peringatan untuk kita semua, carilah pekerjaan yang halal walaupun gajinya sedikit. Tidak ada gunanya setiap bulan kita mendapat gaji berpuluh-ribu, berjuta-juta tetapi pekerjaan tersebut sudah ternyata haram di sisi agama.

Pusaran Air Naruto di Jepun Menjadi Tumpuan Ramai

Pusaran air naruto? Entri ini tidak berkaitan sama sekali dengan manga popular jepun iaitu Naruto. Di Selat Naruto, Hyogo, Jepun, terdapat pusaran air yang berlaku sepanjang pantai Shikoku kerana isi padu besar air bergerak antara Laut Seto dan Lautan Pasifik di antara air pasang serta surut digabungkan dengan geografi unik di dasar laut.

Pusaran air Naruto ini berlaku kira-kira setiap enam jam dan biasanya boleh dilihat sekali pada waktu pagi dan sekali lagi pada waktu petang untuk tempoh satu atau dua jam. Saiz pusaran air akan jadi berbeza dan ini bergantung kepada keamatan air pasang surut.

Mengikut kajian, saiz pusaran akan menjadi lebih besar pada musim panas manakala pada musik sejuk pula, saiz pusaran adalah lebih kecil. Pusaran terbesar kira-kira 20 meter akan terjadi semasa air pasang surut di musim bunga yang berlaku setiap dua minggu pada musim tersebut.

Jika kita menaiki kapal atau berada di sisi jambatan Naruto yang dibina merentasi selat itu yang berukuran 1629 meter panjang dan lebar 876 meter dan 41 meter dari paras laut, kita boleh memerhatikan fenomena pusaran air ini secara dekat. Pusaran air naruto sentiasa menjadi tarikan pelancong apabila melawat Jepun.

Jom lihat gambar pusaran air Naruto yang tersedia di bawah ini [sumber] :



Awal Ashaari Melamar Scha Hanya Lakonan Semata-mata?


Awal yang melamar Scha sewaktu siaran langsung Propaganza hanyalah lakonan semata-mata? Tidak, itu tidak benar sama sekali. Sewaktu siaran langsung Propaganza di Astro Ria, Awal Ashaari telah melamar Scha Al-Yahya di hadapan crew produksi dan para penonton Propaganza. Berita baiknya, Scha menerima lamaran tersebut setelah 2 tahun menjalinkan hubungan cinta dengan Awal.

Awal mengambil kesempatan untuk melamar Scha yang menjadi artis jemputan untuk Propaganza minggu ini. Selain menerima sebentuk cincin bertatahkan diamond, Scha juga turut menerima sejambak bunga dan sebuah patung teddy bear besar.

Pasangan Awal dan Scha menitiskan air mata tanda gembira dan terharu atas lamaran tersebut. Bilakah tarikh perkahwinan Awal dan Scha? Tarikh perkahwinan mereka masih menjadi rahsia dan akan diwar-warkan di hadapan media pada 27 Mac 2012 ini.

Bicara 1malaysianews: Semoga mereka selamat diijab-kabulkan sebagai suami isteri yang sah dan disatukan di jenjang pelamin. Apa yang pihak kami harap, semoga ikatan perkahwinan mereka akan berkekalan selama-lamanya. 

Jom Saksikan Kehidupan Nyata Mr. Bean


Mr. Bean, satu nama yang tidak asing lagi dalam dunia hiburan di dunia ini. Siapa tahu Mr. Bean Atau nama sebenarnya Rowan Atkinson boleh menjadi popular dengan lakonannya yang sangat lucu dalam sitkom Mr. Bean yang ditonton hampir semua penduduk di dunia.

Rowan Atkinson mempunyai kehidupan yang sangat bahagia di samping keluarganya. Tentu ramai dari anda yang belum tahu perihal keluarga Rowan Atkinson. Di bawah ini merupakan sedikit informasi mengenai Mr. Bean dan keluarganya.

Sekilas Profil Mr. Bean dan keluarganya

Nama Sebenar: Rowan Sebastian Atkinson
Tempat dan tarikh lahir: Newcastle, 09 Januari 1955
Isteri: Sunetra Sastery
Anak lelaki: Benjamin Atkinson
Anak perempuan: Lily Atkinson

Tahukah anda, Mr. Bean juga membeli dan menduduki sebuah rumah mewah hasil daripada pendapatannya dalam bidang lakonan. Di bawah ini disertakan beberapa gambar yang menunjukkan bahagian ruang rumah Rowan Atkinson:


 

 

 

 

 

 

 

Wahh memang besar dan mewah kan rumah yang diduduki oleh keluarga Rowan Atkinson ni? Semua ini tidak akan berlaku jika sitkom Mr. Bean tidak wujud di dunia ini. Sitkom ini lah yang membuatkan nama Mr. Bean naik dan seterusnya melihatkan penglibatannya dalam filem seperti Mr. Bean Holiday dan Johnny English.

Saturday, March 24, 2012

Budak Memiliki Hidung Seperti Badut

Kanak-kanak mempunyai hidung seperti badut? Kes ini memang berlaku di Slough, Berkshire di mana seorang kanak-kanak berusia dua tahun bernama Toddler Connie Llyoyd mempunyai ketumbuhan di hidungnya. Ketumbuhan yang tidak berbahaya di hidung (Benign Tumor) telah menyebabkan hidungnya serupa seperti badut atau dalam istilah bahasa Inggerisnya, Clown Nose.

Connie menjadi pemalu disebabkan ketumbuhan dihidungnya dan membuatkan kanak-kanak lain sering mengejeknya sebagai "Hidung Badut".

Pada awalnya, ibu bapa Connie dimaklumkan bahawa tiada penyembuh untuk ketumbuhan tersebut dan juga telah diberi amaran bahawa hidung anaknya boleh berdarah sehingga menyebabkan kematian jika tercalar atau tergesek.

Setelah sekian lama mencari sesiapa yang boleh membantu anaknya, akhirnya ibu bapa Connie berjumpa dengan Dr Lain Hutchison yang merupakan doktar pakar dalam pembedahan di bahagian muka.

Akhirnya Connie boleh kembali senyum setelah doktor telah berjaya membedah dan membuang ketumbuhan di hidungnya. Pembedahan tersebut dijalankan di hospital pakar kulit yang mengambil masa tiga jam setengah. Kini, hidung Connie kelihatan seperti hidung ibunya walaupun terdapat sedikit kesan parut akibat daripada pembedahan tersebut.

Sebelum (kanan) dan selepas menjalani pembedahan

Budak Patah Tangan Angkara Wayne Rooney

Budak patah tangan akibat rembatan kencang Wayne Rooney? Wahh memang kencang sepakan pemain tambatan dari pasukan Manchester United itu. Wayne Rooney memohon maaf kepada Jamie Thomas kerana menjadi penyebab pergelangan tangan kanak-kanak tersebut patah. Kejadian ini berlaku sewaktu pemain itu sedang memanaskan badan sebelum perlawanan Liga Perdana Inggeris di Wolverhamptons Wanderer Ahad lalu.

Jamie Thomas (kanan) patah pergelangan tangan akibat terkena rembatan Rooney

Kanak-kanak tersebut yang berasal daripada Wem, Shorpshire buat pertama kalinya dapat menyaksikan pasukan kesayangannya iaitu Manchester United di Molineux pada Ahad lalu.

Malang tidak berbau, belum sempat lagi untuk menyaksikan perlawanan tersebut, dia mengalami kecedaraan apabila mengangkat tangannya untuk menepis bola sesat rembatan Wayne Rooney yang menuju ke arahnya.
"Saya meminta maaf kepada Jamie Thomas. Saya telah menyediakan satu surat dan sehelai jersi yang saya tandatangani untuk dihantar ke alamat rumahnya." Demikian kata Rooney dalam akaun Twitternya.
Ulasan 1malaysianews: Walaupun Thomas mengalami patah tangan dan tidak sempat untuk menonton pasukan kesayangannya beraksi, tetapi terdapat hikmah di sebalik kejadian tersebut. Bukan sahaja nama kanak-kanak tersebut menjadi sebutan di Twitter Wayne Rooney, malah Thomas turut mendapat jersi dan tandatangan pemain bintang England itu.

Jangan lepas ni, ada orang berpura-pura patah tangan, patah kaki semata-mata nak dapat jersi dan tandatangan pemain sudahlah.