Sudah lah mengaku dirinya merupakan seorang nabi, malah dia juga turut melukis "Peta Syurga" dan menyatakan bahawa dia pernah mengunjungi 11 buah syurga serta bertemu dengan Tuhan. Amaran keras, artikel di bawah ini adalah laporan daripada negara luar yang sudah terang-terangan sesat dan menyimpang daripada ajaran Islam. Jadikan ia sebagai iktibar dan bukannya sebagai contoh teladan.
Seorang lelaki Afrika Selatan mengaku telah menggambarkan sebuah "peta syurga" di dinding rumahnya. Lelaki bernama Sibusiso Mthembu yang berasal dari Mandeni, sebuah kota kecil dekat Durban itu juga mengaku sebagai nabi.
Warga kota itu berduyun-duyun mendatangi rumah lelaki berusia 64 tahun itu untuk melihat peta yang dimaksudkan. Mthembu mengatakan, dia membuatnya setelah empat kali mengunjungi syurga, seperti dipetik daripada akhbar harian Sowetan. Tidak cukup dengan pendedahan itu, dia mengatakan ada 11 syurga dan dia sudah mengunjungi semuanya. Dia bahkan mengaku pernah bertemu Tuhan dalam kunjungan keduanya ke syurga.
"Yesus itu berkulit putih, sedangkan Tuhan itu agak abu-abu. Dan Tuhan itu masih muda," Mthembu menjelaskan. Kisahnya seperti ini, pada 1993 seorang lelaki berkulit putih mendatangi rumahnya dan mengatakan bahawa syurga memerlukannya. Ketika "malaikat" itu kembali setahun kemudian, Mthembu diajak ke syurga.
"Saya diajak ke syurga kelima yang disebut Crista, di situ saya bertemu dengan Yesus di sebuah kota yang dinamakan Sharomy," katanya dalam akhbar harian Sowetan. Dia juga mengatakan Harold Camping yang meramalkan bahawa dunia akan kiamat pada akhir Mei 2011 adalah hal yang benar, meskipun sampai hari ini ramalan itu tidak terjadi.
"Sebenarnya apa yang terjadi pada hari itu adalah pertemuan besar di syurga, yang disebut Il-Banta, untuk membicarakan perang besar melawan syaitan," terangnya. "Nabi mengatakan satu hari menurut Tuhan setara dengan 891 tahun, jadi 23 Mei itu merupakan awal hitungan untuk kiamat," ujar Mthembu.
Sejak kembali dari perjalanan terakhirnya ke syurga pada 2008, Mthembu menggambarkan peta syurga dan penghuninya. Itulah yang ingin dia tunjukkan pada dunia. "Saya tidak tahu samada mahu percaya atau tidak," kata seorang pengunjung yang melihat peta syurga di rumah Mthembu.
"Menurut saya, ini soal agama atau kepercayaan peribadi. Ada orang yang percaya itu benar-benar peta syurga, sementara yang lain tidak mempercayainya," ujar pengunjung itu. Mthembu mengajak orang-orang di seluruh dunia untuk melihat peta syurga yang dibuatnya kerana suatu hari nanti, pasti akan ada orang China, England, atau Jepun yang mengaku membuat peta syurga.
"Afrika Selatan akan dilupakan sebagai tempat peta syurga pertama dibuat," katanya. Selain membuat peta syurga, Mthembu juga menulis beberapa buku yang menggambarkan perjalanannya ke syurga. [sumber]
Bicara 1malaysianews: Tidak ada tuhan yang berhak disembah melainkan Allah SWT. Allah adalah pencipta kita dan kita wajib mentaati segala perintahNya. Jangan kufur terhadap Allah dan Islam, kerana Islam itu adalah agama yang benar.
Selain itu, tidak ada manusia yang pernah ke syurga dan bertemu dengan Allah melainkan junjungan besar kita, Nabi Muhammad SAW. Sesungguhnya, syurga, neraka, pahala, dosa itu adalah perkara Samiyat dan tidak boleh dilihat oleh pancaindera manusia.
Friday, March 30, 2012
Mengaku Nabi, Lelaki Ini Melukis "Peta Syurga"
Posted by Unknown on 9:21 PM with No comments
Posted in Agama
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment