Bayi yang dilahirkan oleh kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun itu mempunyai berat sebanyak 3.3 pounds dan dilahirkan secara pembedahan Caesarian. Bayi tersebut kini berada di Unit Rawatan Rapi (ICU).
Ibu muda tersebut yang dirahsiakan identitinya telah kembali ke kampung halaman selepas melahirkan bayi. Setiap hari, dia akan datang ke hospital untuk menyusukan anaknya. Pejabat Peguam Negara negeri Puebla kini sedang menyiasat sama ada gadis itu telah dirogol dan siapa bapa bayi tersebut.
Telah tertulis dalam undang-undang negara Mexico di mana ibu-ibu muda tidak boleh melakukan pengguguran kecuali perempuan tersebut boleh membuktikan dia adalah mangsa serangan seksual. Umur minimum untuk menyatakan persetujuan pengguguran ialah 12 tahun.
Jika mereka tidak dapat membuktikan yang mereka telah didera secara seksual, mereka akan menghadapi hukuman denda atau penjara. Walau bagaimanapun, undang-undang tersebut sedang dikaji semula. [sumber]
0 comments:
Post a Comment