Sunday, August 12, 2012

Padah Mercun Buatan Sendiri



Hari ini Malaysia dikejutkan dengan satu berita mengenai dua remaja cedera parah dengan salah seorangnya hancur di bahagian pergelangan tangan kanan ketika menyalakan bahan letupan buatan sendiri terbabit di padang Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC), Tunjung semalam.
Kejadian itu berlaku sekelip mata pada jam 12.50 tengah hari ketika kedua-duanya yang bekerja sebagai pengangkut barang di kawasan terbabit, menyalakan 20 biji mercun bola yang diubahsuai dengan diletakkan dalam sebuah bekas plastik.
2 remaja tersebut, Mohd Shahril Affendi, 20 tahun hancur di pergelangan tangan kanan manakala rakannya Mohd Ahmad Ismail, 19 pula melecur di bahagian badan dan kabur kedua-dua mata kiri dan kanan.
Kedua-dua dua mangsa kemudian dikejarkan pihak ambulans dari Klinik Kesihatan Wakaf Che Yeh ke Hospital Raja Perempuan Zainab II untuk rawatan susulan.


0 comments:

Post a Comment