Tuesday, August 21, 2012

Kisah Tauladan Si doktor dan Si Bapa

Cerita yang admin terima ini bermula apabila seorang doktor meluru masuk ke ruang hospital dalam keadaan tergesa-gesa selepas mendapat panggilan kecemasan dari pihak hospital. Dia menukar pakaian dan terus meluru ke blok pembedahan. Dia mendapati ayah kepada budak yang berada dalam bilik pembedahan sedang berdiri menunggunya.

Apabila si ayah melihat doktor itu, dia terus berteriak.



Bapa pesakit : kenapa kamu ambil masa yang lama untuk datang? kamu tahu tak anak saya dalam bahaya sekarang nie? kamu tak ada rasa bertanggungjawab ke?

Doktor : saya minta maaf, saya berada di luar hospital dan saya datang sepantas yang mungkin selepas mendapat panggilan kecemasan tue dan sekarang, saya harap anda bertenang. Jadi, saya dapat buat kerja saya.

Bapa pesakit : bertenang kamu kata? kalau anak kamu berada dalam bilik tue sekarang nie, bolehkah kamu bertenang? kalau anak kamu mati sekarang ni apa yang kamu buat? kata si ayah dgn marah.

Doktor : saya akan kata bahawa Allah telah berfirman dalam kitab-Nya yg suci “daripada Allah kita datang dan kepada-Nya kita kembali” doktor tak mampu untuk memanjangkan hayat seseorang. Insya-Allah kami akan cuba yang terbaik untuk anak kamu. Bapa pesakit : memberi nasihat bila kita tak mengalaminya memang senang.

Pembedahan tu mengambil masa beberapa jam. tak lama kemudian, si doktor keluar dgn gembira.

Doktor : alhamdulillah. anak anda selamat! dia terus berjalan tanpa menghiraukan si bapa. kalau kamu ada sebarang soalan kamu boleh tanya jururawat!

Bapa pesakit : kenapa doktor tu sombong sangat? tak boleh ke dia tunggu beberapa minit supaya saya dapat tanya beberapa soalan tentang anak saya? komen si ayah selepas melihat jururawat.

Jururawat berkata : anaknya meninggal dunia semalam dalam kemalangan jalan raya. dia berada dalam upacara pengebumian anaknya ketika kami menghubunginya untuk pembedahan anak encik dan sekarang dia telah pun menyelamatkan nyawa anak encik, dia tergesa-gesa untuk menghabiskan upacara pengebumian anaknya.

lalu menyesallah si ayah dengan kelakuannya terhadap doktor yang dianggapnya tidak bertanggungjawab dan sombong itu..

Dari kisah cerita ini, 1malaysianews berharap kisah ini dapat menjadi iktibar kepada semua yang membacanya.

0 comments:

Post a Comment