Makhluk aneh dari lautan Atlantik? Sebelum ini, pihak kami ada membuat post tentang Haiwan Pelik ditemui di China. Bagi yang belum baca, klik pada link yang telah tersedia. Pada post kali ini, mari kita selami makhluk aneh yang terdampar di sebuah pantai di South Carolina ini.
Makhluk aneh dari lautan telah terdampar di pantai Folly di South Carolina. Sebahagian besar orang yang melihat makhluk yang berbentuk pelik ini merasakan ia adalah spesies baru. Biarpun ramai yang cuak melihatnya, tapi dikalangan ilmiah menyarankan supaya tidak takut pada haiwan ini kerana ia tidak merbahaya
Seorang doktor haiwan dari akuarium South Carolina mengidentifikasikan makhluk ini sebagai Sturgeon, iaitu ikan yang termasuk dalam kalangan ikan bertulang tertua yang masih hidup.
Hidupan haiwan ini biasanya ada di sungai, tasik, dan pantai subtropis dengan iklim sederhana. Kebanyakannya ditemui di Eurasia dan Amerika Utara. Ukuran Sturgeon biasanya sangat besar sekitar antara dua hingga tiga setengah meter panjang.
Sturgeon yang terdampar di South Carolina ini dikatakan berasal dari Samudra Atlantik yang boleh berukuran hingga 4-5 meter dengan berat 400 kilogram. [sumber]
Sunday, April 1, 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment