Thursday, August 30, 2012

Lawak Giler Sedih Amir (Peserta Raja Lawak) dikenakan

Paparan yang dikongsi ini hanya hiburan semata-mata daripada 1malaysianews.
Lawak Giler Sedih Amir (Peserta Raja Lawak) dikenakan. Gambar ini bukanlah daripada Amir sendiri, gambar ini dibuat-buat untuk dijadikan bahan jenaka.. Pesanan 1malaysianews, janganlah bertanyakan soalan apabila kita tidak dapat menerima hakikat dengan jawapan yang betul-betul ikhlas.


Wednesday, August 29, 2012

Gambar Rumah Hantu Terbesar dan Terseram

Dari sumber yang admin terima, rumah hantu merupakan sebuah tempat yang dibina untuk memberi peluang kepada para pengunjung merasai pengalaman seram. Walaupun pada asalnya rumah hantu ini dibina untuk sekadar hiburan sahaja, namun ada juga yang menganggap ia tempat yang paling menyeramkan.



Sebuah rumah hantu yang terletak di negara matahai terbit, iaitu Jepun ini telah diakui oleh Guiness Book of Record sebagai rumah hantu terbesar dan paling menakutkan di dunia. Bangunan usang ini telah diubahsuai menjadi rumah hantu dalam tema hospital. Berbeza dengan rumah hantu biasa di Taman Tema (theme park) atau Fun Fair, rumah hantu ini tidak memiliki jalan atau laluan yang sudah ditetapkan. Para pengunjung terpaksa berjalan sendirian atau dalam kumpulan 2 – 3 orang untuk menuju ke pintu keluar.


Di dalam rumah hantu ini juga terdapat banyak pintu atau tingkap yang terpaksa dibuka secara manual oleh pengunjung. Selain hiasan dalaman yang mengerikan, rumah hantu ini juga dipenuhi oleh para pekerja yang berdandan ngeri seperti hantu sebenar. Bukan sekadar mengerikan pada pandangan mata, rumah hantu ini juga mempunyai bau menusuk hidung para pengunjung.

Bangunan rumah hantu ini mempunyai laluan sepanjang 700m yang penuh dengan lorong-lorong kecil yang boleh membuatkan pengunjung tersesat. Sekiranya pengunjung tidak sesat, masa lebih kurang 50 minit diperlukan untuk keluar dari bangunan tersebut. Untuk menambahkan rasa takut pelawat, sistem audio yang terdiri daripada suara teriakan, suara langkahan kaki dan lain-lain dipasang dalam bangunan itu.

Dari sumber yang 1malaysianews terima, ramai diantara mereka yang cedera apabila berada berada di tempat ini, kebanyakkan mereka terlalu takut sehingga terjatuh







Gambar Sarang Labah-labah Terbesar di Dunia

Dari sumber yang admin terima, beberapa buah pokok yang berada di tepi sungai Pakistan ditemui dalam keadaan dilitupi dengan sarang labah-labah. Apa yang peliknya, sarang labah-labah tersebut dibina dengan menutupi hampir keseleuruhan pokok tersebut. Ia kelihatan seperti sebatang pokok yang bersalut dengan kapas. Ia dikatakan antara sarang labah-labah yang terbesar di dunia yang pernah dilihat. Di bawah ini, 1malaysianews akan berkongsikan 4 gambar untuk dilihat bersama.





Monday, August 27, 2012

13 Kata-kata kelakar yang diucap oleh artis

Kadang-kadang kita terlepas cakap dan membuat satu ucapan yang sangat tak masuk akal. Di sini admin 1malaysianews ingin berkongsi ucapan yang agak kelakar yang dibuat oleh artis-artis. Kata-kata ini seringkali dijadikan bahan gurauan umum.




13 Kata-kata kelakar yang diucap oleh artis: 
 
1) "Smoking kills. If you're killed, you've lost a very important part of your life." - Brooke Shields
("Merokok boleh membunuh. Jika anda mati, anda akan kehilangan bahagian terpenting hidup anda.")

2) "I think that the film "Clueless" was very deep. I think it was deep in the way that it was very light. I think lightness has to come from a very deep place if it's true lightness." - Alicia Silverstone
("Saya rasa filem "Clueless" adalah sebuah filem yang penuh makna. Saya rasa filem tersebut mendalam (penuh makna) kerana keringanan (subjek)nya. Saya rasa keringanan harus datang dari tempat yang mendalam sekiranya ia keringanan sebenar.")

3) "What's Walmart? Do they sell, like, wall stuff?" - Paris Hilton
("Apa itu Walmart? Adakah mereka menjual barangan untuk dinding?")

4) "I am for the death penalty. Who commits terrible acts must get a fitting punishment. That way he learns the lesson for the next time." - Britney Spears
("Saya menyokong hukuman mati. Sesiapa saja yang melakukan jenayah yang kejam perlu menerima hukuman setimpal. Dengan cara itu, dia akan belajar di masa depan.")

5) "Whenever I watch TV and see those poor starving kids all over the world, I can't help but cry. I mean, I'd love to be skinny like that, but not with all those flies and death stuff." - Mariah Carey
("Setiap kali saya tonton TV dan lihat kanak-kanak yang kebuluran di seluruh dunia, saya rasa nak menangis. Maksud saya, saya pun nak kuruskan badan tapi bukan dengan lalat dan kematian semua tu.")

6) "Is this chicken that I have or is it fish? I know it's tuna but it says 'Chicken of the Sea'." - Jessica Simpson
("Yang saya makan ni ayam atau ikan? Saya tahu ini tuna tapi namanya 'Chicken of the Sea'.")

7) "I actually don't read anything, because I feel like the haters really like to hate out loud, [and] that people who love sometimes love quietly. So I don't really listen or look at anything." - Ke$ha
("Saya tak baca apa-apa (komen tentang dirinya) sebab saya rasa orang yang membenci akan membenci dengan kuat dan mereka yang meminati akan minat secara senyap. Jadi saya tak dengar atau tengok apa-apa.")

8) "Acting is easier and smoother than singing - it's less drama." - Beyonce
("Berlakon lebih mudah dan tenang daripada menyanyi. Kurang drama.")

9) "I'm one of those people you hate because of genetics." - Brad Pitt
("Saya jenis orang yang anda benci disebabkan genetik.")

10) "Pretty people aren't as accepted as other people... it's like, 'She's pretty and thin, and she's got to have problems... she's messed up.'" - Mischa Barton
("Golongan yang cantik tidak diterima seperti mereka yang lain. "Dia cantik dan kurus, pastinya dia ada masalah. HIdupnya pasti teruk.")

11) "I won't go into a big spiel about reincarnation, but the first time I was in the Gucci Store in Chicago was the closest I've ever felt to home." - Kanye West
("Saya tak nak cakap banyak tentang kelahiran semula, tapi kali pertama saya memasuki butik Gucci di Chicago merupakan saat yang paling selesa.")

12) "You can expect Bobby to be Bobby. If Bobby ain't Bobby, then Bobby just can't be Bobby." - Bobby Brown
("Anda boleh harap Bobby jadi Bobby. Tapi kalau Bobby bukan Bobby, Bobby tak boleh jadi Bobby.")

13) "I have very high morals. I don't believe in sex before marriage. I don't believe in drugs or smoking. I believe in God." - Britney Spears
("Saya memiliki moral yang tinggi. Saya tak percayakan seks sebelum berkahwin. Saya tak ambil dadah atau merokok. Saya percaya pada Tuhan.")

Gambar Obor-Obor Gergasi Saiz Manusia


Gambar Obor-obor gergasi

Daripada sumber, bilangan obor-obor gergasi telah datang ke Jepun nampaknya didorong oleh peningkatan suhu laut dan penurunan suhu alam semulajadi. Kaji selidik marin yang dijalankan pada akhir bulan Jun 2011 telah mendedahkan kebimbangan terhadap bilangan obor-obor Nomura ini iaitu makhluk gergasi yang mampu membesar sehingga 2 meter diameter dan berat mencapai kira-kira 220 kilogram.
Dengan itu, Shinichi Uye, seorang profesor biologi oseanografi di Hiroshima University telah dilantik untuk mempengerusikan penyelidikan kerajaan bagi meramal dan mengawal serangan obor-obor berkenaan. Uye telah memantau kepadatan populasi obor-obor Nomura di Selatan Laut Kuning dan Timur Laut Laut China sejak tahun 2006 lagi namun masih berada di jalan buntu.




Pada bulan Julai, apabila kawanan pertama sampai di Tsushima (di utara pulau selatan Kyushu), kebanyakan obor-obor bersaiz besar seperti ahli gusti sumo dan bilangannya pula mungkin mencecah hingga ribuah ekor. Selain dari merosakkan jaring nelayan, obor-obor gergasi juga dipersalahkan kerana membunuh ikan dengan racun mereka, menyebabkan penurunan kualiti dan kuantiti hasil tangkapan ikan. Dan pada tahun 2005 saja, industri perikanan melaporkan lebih 100,000 kes-kes yang berkaitan dengan obor-obor perosak di seluruh negara Jepun